BAKAT

VETERAN PERANG DUNIA KEDUA TERIMA LAWATAN BAKAT ATM

KUALA LUMPUR: Veteran Perang Dunia Kedua,  1647 Prebet Ujang Mormin menerima lawatan daripada 30 ahli Jemaah Tertinggi Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM) yang diketuai pengerusinya, Puan Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang bertempat di wad Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan pada 13 Okt 2016.

Pbt Ujang merupakan salah seorang pejuang daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu bersama-sama Lt Adnan Saidi dalam menentang kemaraan Jepun di Bukit Candu, Singapura semasa era Perang Dunia Kedua sekitar Tahun  1942, kini ditempatkan di HAT Tuanku Mizan di atas keprihatinan ATM dalam menjaga warganya memandangkan beliau kini hidup sebatang kara dan semakin berusia.

Lawatan kerja BAKAT yang dilaksanakan bersempena Hari ATM Ke-83 ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan memantau keadaan semasa para pesakit selain memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan yang ditanggung mereka selain mempamerkan tugas dan peranan BAKAT dalam membantu organisasi ATM.

Turut hadir,  Pegawai Memerintah HAT Tunku Mizan, Brig Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan staf HAT Tuanku Mizan.

Gambar: Tengku Noorsuraya Tengku Abd Rahman

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close