Bersama PemimpinSemasaSukan

Tpr Jemis Peninju Harapan TD

PERAK: Seramai 45 peninju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam Majlis Penutup Kejohanan Tinju Antara Perkhidmatan ATM 2016 anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyaksikan Tpr Jemis Wong Lee Onn dari 22 Rejimen Grup Gerak Khas (22 GGK) dinobatkan sebagai Peninju Harapan bertempat di Dewan Jasmani KD Pelandok, Lumut pada 5 Okt 16.

Penganugerahan khas tersebut diberikan kepada beliau di atas kemahiran dan teknik yang baik meskipun baru sahaja berkecimpung dalam arena sukan tinju selain mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta permainan yang bersih.

Anak muda kelahiran Sandakan, Sabah itu berasa amat teruja selain menzahirkan harapannya untuk menjadi salah seorang peninju profesional di peringkat lebih tinggi.

“Saya berasa amat bersyukur dan berpuas hati serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sjn Wilfred John, selaku jurulatih yang mampu melatih saya dalam masa yang singkat”, ujarnya.

Pertandingan yang berobjektif memupuk semangat kesukanan dan mencungkil bakat baharu ini mempertandingkan sebanyak lapan kategori, yang mana dimonopoli oleh TLDM selaku Johan keseluruhan Kejohanan.

Turut hadir Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL), Laksamana Pertama Jamalludin Mohd Saman, Pengerusi Persatuan Tinju ATM, Kol Khairul Anuar Hj Yaacob dan Komandan PULPAK, Kol Rizwan Abdullah.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close