Bersama PemimpinSemasaSukan

TD Kekal Juara Bola Sepak Antara Perkhidmatan


PERAK: Tentera Darat Malaysia (TDM) sekali lagi muncul juara dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM Tahun 2016 mengalahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan jaringan gol 2 berbalas 1 bertempat di Stadium TLDM, Lumut pada 6 Okt 2016.

Kejohanan ini diadakan dari 24 Sep hingga 6 Okt 2016 dan dianjurkan oleh TLDM bertujuan untuk mengenalpasti serta memilih pemain-pemain baharu yang akan mewakili ATM selain ianya dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan disamping mengeratkan lagi hubungan setiakawan.

Dua jaringan kemenangan TD di jaringkan oleh Sjn Steve Nod dan Sjn Mohd Yusri Mohd Yusof yang menyaksikan TD berjaya mengekalkan kejuaraannya pada tahun lalu sekaligus menjulang Piala Pusingan Kejohanan Piala Abang.

Majlis Penutup kejohanan disempurnakan oleh Panglima Bantuan TLDM, Laksamana Madya Dato’ Abdul Ghani Othman dan Penjaring Terbanyak kejohanan dianugerahkan kepada Sjn Mohd Yusri Mohd Yusof dari TDM manakala Pemain Terbaik Kejohanan disandang oleh BK PLM Azman Nizam Abdullah dari TLDM manakala Pemain Harapan Bawah 21 Kejohanan dianugerahkan kepada LK II PAP Mohd Radhee Abd Aziz dari TLDM.

Turut hadir Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan Pertahanan, Mej Jen Datuk Hj Masrani Paiwan, AKS Perisikan merangkap Pengerusi Bola Sepak Tentera Darat, Mej jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Datuk Hj Romlee Yahaya TUDM.

Gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close