Blog

Sawadee krap – Op Taksin 8601 #1

Agak sukar aku mengenalpasti anggota atau siapakah yg berbaring dlm keadaan tercedera di sebelah aku. Aku cuba bersihkan mukanya dan baru aku perasan, anggota BCT kami iaitu 1034646 Spt Arif bin Muhammad tercedera akibat letupan jerangkap samar tadi. Tapi siapa yg pijak? Aku mula bertanya. Apa2 pun luka dan kecederaan beliau perlu diambil tindakan segera. Sjn Busra melaksanakan tindakan pertolongan cemas sementara aku menyeluk poket celoreng aku untuk mengambil morphine @ ubat pelali dan terus diberikan kepada anggota BCT tadi.

Aku teringat akan pack galas aku di tempat aku duduk malam tadi. Di dalamnya ada medical kit aku sendiri (yang hampir lengkap) dan ingin aku mengambilnya. Aku cuba bangun, tetapi aku terjatuh. Rasa terhoyong-hayang. Mungkin sebab bau asap tadi? Aku cuba bangun sekali lagi, tetapi tidak mampu berbuat demikian. “Apa hal ni….?” Aku mula keliru. Yg confirm kena booby-trap, Arif, kenapa pula aku rasa mabok? Sekali lagi aku memaksa diri aku untuk bangun dan mengambil pack galas aku, dan sekali lagi (spt nangka busok!) aku terjatuh. Dalam hati aku “Sial betol……..!”

“Tuan nak pergi mana ni?” tanya Sjn Busra. Kali ini dia rapat pula sebelah aku. “Saya nak mengambil pack galas saya, Sjn. Nak isap rokok wei!” jawap aku. “Tuan relaks tuan, bawa mengucap, beristighifar banyak2” sambung beliau. “Aik! Aku pulak dia suroh beristighifar. Apa hal pula Sarjan aku ni?” hati aku berkata. “Sjn Busra, yg terok si Arif ni. Dia yg parah. Kenapa pula suroh saya pulak utk beristighifar!” aku membantah. Ada yg nak kena penampar aku ni! Hati aku mula geram….taufan mula melanda !

Gerakan ini @ coordinated ops bersama tentera Darat Malaysia dan Thailand dilancarkan pd 5 Feb 1986 dan dijangkakan tamat dlm tempoh satu bulan. ‘Taksin’ mengambil nama sempena nama Taksin the Great (สมเด็จพระเจ้าตากสินมหาราช @ Somdet Phra Chao Taksin Maha Rat) atau Raja Thonburi (สมเด็จพระเจ้ากรุงธนบุรี, @ Somdet Phra Chao Krung Thon Buri) yang memerintah antara April 17, 1734 – April 7, 1782. Raja Taksin merupakan pemerintah kerajaan Thonburi berketurunan Cina-Thai. Baginda telah memimpin peperangan pembebasan Siam dr cengkaman Burma selepas kejatuhan kedua Ayutthaya pd thn 1767, dan menyatukan daerah2 Siam yg dikuasai oleh panglima2 perang ketika itu.

Dalam gerakan ini, pasukan 9 Melayu Diraja (1 x Komp) telah terlibat bersama pasukan Rangers RTA atau Thahan Phran. Di masa yg sama, kami sedang melaksanakan Op Kota Bravo-Foxtrot di Pdg Sanai yg melibatkan juga 1 x komp. Sebelum ops ini dilancarkan, aku berada di Pdg Sanai sbg IO @ acorn bersama D Komp (OC Capt Abdullah Saad). Kwn ops ini agak terkawal jika dibandingkan dgn kwn2 ops yg lain. Aku zaman muda2 suka berjogging, jadi ptg2 aku akan berjogging keliling base dan end-up kat bilik Semboyan utk mendengar sitreps dsb. Skot2 pronto @ semboyan mungkin anggap aku ni penyibuk sebab aku suka kacau tugas mereka ie. kdgkala aku sendiri menerima dan menghantar sitrep(s). Pd satu hari, selepas penat berjogging dan lepak bersama pronto2 yg lain sambil menghisap rokok (masa tu aku hisap rokok murah aje Virginia Gold @ Gold Flakes @ rokok daun), kami menerima satu msg mengenai satu gerakan yag bakal diaturgerakkan tidak lama lagi………………

– bersambung –

Tag
Seterusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close