Bersama PemimpinMINDEFSemasa

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT ATM 2016

KUALA LUMPUR : Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 1438H bersamaan 2016M dan Pelancaran Sistem i-SAS serta Penyerahan Sijil ISO kepada Jabatan Arah KAGAT  dihadiri seramai 300 pegawai dan anggota LLP ATM disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 21 Okt 2016.

Sambutan bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1438H disamping bertujuan untuk mengingatkan kepada semua peringkat anggota ATM mengenai Tahun Baru Islam yang bermula daripada penghijrahan Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah, dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman bertajuk Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah bersesuaian dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini.

Majlis seterusnya diserikan lagi dengan pelancaran Sistem i-SAS (Information System for Ahwal Syakhsiah) merupakan sistem yang merekod laporan nikah, cerai, aduan dan rujuk ATM dibangunkan oleh Jabatan Arah KAGAT dalam usaha mempercepatkan sistem penyampaian maklumat, pengemaskinian sistem data-base selain membantu mengurangkan penggunaan tenaga kerja manusia serta penjimatan kertas.

Dalam pada itu, Jabatan Arah KAGAT turut menerima Sijil ISO 9001:2008 yang disampaikan oleh Ketua Seksyen Sirim QAS International Sdn Bhd, Encik Zakaria Mohd Nor setelah berjaya memperbaharui sijil tersebut pada 16 Mac 2016 hingga 14 Sep 2018.

Turut Hadir Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi dan pegawai kanan ATM.

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close