Bersama PemimpinMK TDSemasa

RRD Terima Panji-Panji Baharu

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat pada 15 Okt 2016.

Istiadat ini melibatkan penyertaan seramai 28 pegawai dan 528 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang mana turut menghimpunkan kesemua sembilan panji-panji  RRD berserta Truncheon kebanggaan RRD dibawah jagaan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

Tujuan istiadat pertukaran  ini diadakan adalah kerana keadaan fizikal Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah lusuh serta uzur berikutan usianya yang sudah mencecah 23 tahun dan bersempena perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menzahirkan serta meneruskan adat istiadat dan tradisi tentera.

Baginda Raja Perlis dalam titahnya menzahirkan kebanggaannya terhadap generasi warga RRD pada hari ini yang sentiasa mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara kerana di dalam tubuh mereka mengalirnya darah pejuang serta pahlawan RRD yang terdahulu.

“Saya berharap agar setiap warga RRD pada hari ini agar sentiasa menggenggam erat cogan kata keramat RRD iaitu Agi Idup, Agi Ngelaban serta titipkan semangat cogan kata ini setiap kali menyertai tugas yang diamanahkan tidak kira dalam negara mahupun luar negara,”ujar Baginda.

Turut hadir, Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Menteri Besar Perlis Dato Seri Azlan Man, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Pengerusi RRD Lt Jen Dato’ Mohd Zaki Hj Mokhtar.

Gambar: Mohd Rizal Ghazali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close