Semasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hadir dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di ruang Perkasa, Wisma Pertahanan pada 26 Okt 2016.

Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen serta menjawat jawatan sebagai  Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman turut dipakaikan pangkat Brig Jen Kehormat serta dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu dan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah dipakaikan pangkat Mej Jen Kehormat dan dilantik sebagai Penasihat Askar Wataniah.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.

Gambar: Mohd Rizal Ghazali

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close