Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Hari Inovasi Iktiraf Warga KEMENTAH

KUALA LUMPUR :Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan merasmikan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan 2016 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkara Tentera Malaysia pada 25 Okt 2016.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan Hari Inovasi ini merupakan salah satu platform untuk mengiktiraf kakitangan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang komited dalam usaha melaksanakan projek-projek inovasi secara tidak langsung dapat menjadi inspirasi kepada semua warga yang lain agar terus komited dalam melaksanakan segala program inovasi seperti ini bagi mencapai pengahasilan kerja yang baik dan berkualiti.

Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan pada tahun 2016 dan hadiah utama yang diberikan adalah sijil, trofi berserta wang tunai sebanyak RM 5,000.00 menyaksikan Johan bagi Kategori Pengurusan Sumber Manusia disandang oleh Pusat Latihan Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Johan Kategori Pengurusan pula adalah Projek Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA), seterusnya Johan  bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (AIICT) dinobatkan kepada MK Tentera Udara-Bahagian Komunikasi dan Elektronik, manakala Johan bagi Kategori Pengurusan Kewangan adalah Markas Angkatan Kapal Selam dan Johan bagi Kategori Pengurusan Pelanggan disandang oleh Pusat Hidrografi Nasional.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai, Anggota LLP ATM dan warga Kementerian Pertahanan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close