Bersama PemimpinSemasa

DESATERA Beri Sumbangan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dewina-Brahim’s, Dato’ Seri Hj Ibrahim Hj Ahmad menyampaikan Mock Up Check bernilai RM90,000.00 daripada Syarikat Desatera kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor untuk diagihkan kepada enam buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) serta Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim (STAY) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Pejabat PTD pada 18 Okt 2016.

Sumbangan ini merupakan salah satu daripada Program Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijalankan secara berterusan sejak dari tahun 2011 selain ianya merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan untuk merapatkan hubungan di antara Desatera dengan masyarakat umum terutamanya kepada semua bakal penerima.

Di antara enam penerima sumbangan adalah PPDK Mawardah, Sg Besi, PPDK Seri Murni, Sg Udang, PPDK Nur Iman, Seremban, PPDK Umi, Terendak, PPDK DTHO, Kuala Lumpur dan PPDK MK 7 Bgd, Kluang.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MK ATM), Lt Jen Dato’ Sri Hj Sabri Adam, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MK TD), Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dan pegawai kanan TD.

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close