Bersama PemimpinSemasaVeteran

Anggota Cedera ATM Dirai

MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakili Panglima Angkatan Tentera (PAT) menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Cedera Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-83 bertempat di Dewan Terendak pada 11 Okt 2016.

Majlis ini meraikan seramai 83 anggota ATM terdiri daripada warga veteran dan anggota yang masih berkhidmat di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan, bertujuan untuk menghargai pengorbanan serta jasa mereka yang telah tercedera semasa melaksanakan operasi dan latihan selain membuktikan kepada umum bahawa ATM sentiasa menjaga kebajikan warganya.

Turut hadir, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen  Dato’ Fadzil Mokhtar, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim, Ketua Staf Markas Tentera Darat Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dan panglima perkhidmatan.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close