Bersama PemimpinSemasa

44 Tahun Jasa PAT Dalam ATM

MELAKA: “Detik masa berlalu telah mendewasakan kita setelah menempuhi pelbagai cabaran dan liku-liku perjuangan dan hari ini kita dapat menyaksikan 3 Div terus unggul dan cemerlang dalam mendukung aspirasi TD dan ATM dengan kepimpinan yang silih berganti meninggalkan legasi masing-masing,” ucap Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zain semasa Perbarisan Penghargaan beliau bertempat di Padang Pavillion pada 28 Okt 2016.

Perbarisan Penghargaan oleh Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3Div) ini melibatkan 85 pegawai dan 1010 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan MK 3 Div yang bertujuan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh PAT selama 44 tahun  berkhidmat di dalam ATM serta lawatan terakhir beliau ke MK 3 Div yang mana beliau pernah menjadi Panglima 3 Div satu ketika dahulu.

Selain itu, dalam ucapannya beliau menyeru kepada warga 3 Div agar terus meningkatkan mutu perkhidmatan secara jujur dan ikhlas kerana sikap tersebut berupaya menjadi benteng agar tidak menjadi tamak haloba dan penyakit hasad dengki selain ianya dapat memartabatkan 3 Div sebagai sebuah ketumbukan yang siapsiaga, berdaya tempur dan profesional serta mampu menghadapi pelbagai spektrum dan halangan.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima 3 Div,  Mej Jen Hasagaya Abdullah, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohd Sofi Md Lepi dan Panglima 4 Bgd Mekanize, Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close