Bersama PemimpinSemasaSukan

TLDM Johan Menembak Antara Perkhidmatan

SELANGOR: Pasukan Menembak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) muncul juara dalam Kejohanan Menembak Antara Perkhidmatan Tahun 2016 yang mana majlis penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin bertempat di Lapang Sasar Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) pada 4 Sep 2016.

Kejohanan pada tahun ini menyaksikan kehebatan Penembak TLDM bagi kedua-dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita dengan masing-masing mendahului senarai dengan pungutan pingat kategori lelaki sebanyak 15 pingat emas diikuti Tentera Darat Malaysia (TDM) sebanyak dua pingat emas dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) satu pingat emas.

Manakala kategori wanita pula TLDM mendahului dengan sembilan pingat emas, TDM satu pingat emas dan TUDM satu pingat gangsa dengan penglibatan penembak seramai 150 penembak dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

PTL dalam ucapannya menzahirkan sekalung ucapan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengelolakan kejohanan ini dengan baik dan bermutu serta berasa yakin dengan penganjuran kejohanan ini mampu mencapai objektif dalam usaha mentransformasikan seorang warga tentera yang biasa kepada luar biasa.

‘Tahniah saya ucapkan kepada penembak yang berjaya dan saya berharap kepada yang kurang bernasib baik agar tidak berputus asa dengan menguatkan lagi latihan untuk muncul juara di kejohanan yang akan datang pada tahun hadapan,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan, Ketua Staf MK ATM Lt Jen Datuk HJ Sabri Adam, Panglima Bantuan Udara Lt Jen Dato’ Hj Abdul Mutalib  Datuk Hj Ab Wahab, Inspektor Jeneral (IJ), Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail dan Pengarah Pengurusan Latihan (PPL) Markas Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPL&TD), Brig Jen Muhammad Anwar Abdullah.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close