MINDEFSemasaSukan

RAD Juara Baharu Liga ATM 2016

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD) merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor hadir menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Liga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di antara Pasukan Bola Sepak Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menentang Pasukan Rejimen Artileri Diraja (RAD) di Stadium Kementah pada 14 Sep 2016.

Pertembungan yang begitu sengit memperlihatkan kedua-dua pasukan buntu untuk menjaringkan gol sehingga akhirnya perlawanan berpihak kepada pasukan RAD apabila gol kemenangan muncul diminit akhir perlawanan yang di jaringkan oleh Sjn Mohd Yusri Yusoff hasil sepakan percuma dengan jaringan berkesudahan 1 gol berbalas 0.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada Juara Liga ATM yang disempurnakan oleh PTD serta pada masa yang sama menyampaikan Anugerah Penjaring Terbanyak yang disandang oleh Kpl Mohanandas Vesiviran dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Anugerah Fairplay Liga ATM 2016 pula dianugerahkan kepada pasukan RAJD.

Kejohanan Liga ATM pada tahun ini melibatkan penyertaan sebanyak lapan pasukan mewakili ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang mana Tentera Darat Malaysia (TDM) menghantar sebanyak empat pasukan sementara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula menghantar sebanyak dua pasukan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengahantar sebanyak dua pasukan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan pegawai kanan ATM.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close