Veteran Kaum Cina TDM Tubuh Persatuan

KUALA LUMPUR: Seramai 70 ahli Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA) terlibat dalam Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran MACVA oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hj Abd Karim Hj Husain disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 19 Sep 2016.

Objektif penubuhan MACVA diadakan adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan kesatujiwaan ketenteraan, rasa muhibbah dan harmoni di kalangan semua veteran selain untuk membantu dan menyokong anggota veteran serta mempromosi konsep dan program bina bangsa dan menjadi sumber ilmu kepada ATM manakala untuk permulaannya, MACVA telah merangka tiga projek utama komuniti iaitu program membina semangat keanggotaan dan kepimpinan, mewujudkan motivasi kepada golongan muda untuk menyertai TD serta ceramah kesihatan dan cara hidup yang sihat.

Turut hadir Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Ketua Staf MK TD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Presiden MACVA, Brig Jen Dr Leong Weng Foon (B) dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close