Bersama PemimpinHUTMINDEFSemasa

Khutbah Khas Sempena HUT ATM Ke-83

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah berangkat menunaikan Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Khas Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 9 Sep 2016.

Khutbah Jumaat dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brig Jen Dato’ Hj Mustafa Hj Abdul Manap bertajuk 83 Tahun: ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang mana mengajak jemaah untuk mensyukuri terhadap keamanan yang dikurniakan Allah S.W.T melalui keteguhan serta kesiapsiagaan ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Pada masa yang sama, mimbar menyeru ummah untuk tidak melupakan jasa serta bakti pejuang terdahulu samada yang masih hidup atau telah tiada dalam mempertahankan kedaulatan tanah air ini.

“Meskipun tanggungjawab utama mempertahankan kedaulatan negara terletak di bahu pejuang ATM, namun sumbangan seluruh masyarakat amat diperlukan selaras dengan peneguhan iman kepada kepada Allah S.W.T yang menjanjikan tukaran yang jauh lebih baik kepada setiap orang yang berjuang untuk mempertahankan negara seiring dengan menegakkan syiar dan ajaran islam,”tegas khatib.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Hj Zahari.

 

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close