Semasa

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dan Penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bertempat di Wisma Perwira TD pada 28 Sep 2016.

Majlis kenaikan pangkat melibatkan seramai 38 pegawai kanan dari pelbagai Kor dan Rejimen yang mana majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen ke Mej Jen yang didahului oleh Brig Jen Dato’ Mohd Nazir Mami yang menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Cawangan Operasi dan Latihan Markas Tentera Darat.

Majlis diteruskan dengan kenaikan pangkat Kol ke Brig Jen iaitu Kol (Dr.) Mohd Rawi Nordin yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah  94  Hospital Angkatan Tentera dan Kol Jaafar Marlan, menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Logistik Markas Tentera Darat serta diikuti seramai empat pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol dan 26 pegawai dari Mej ke Lt Kol.

Majlis pada kali ini turut melibatkan kenaikan pangkat tiga orang Pegawai Sukarela Askar Wataniah (AW) dari Mej ke Lt Kol dan diakhiri dengan penganugerahan Sayap Juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) kepada dua orang pegawai yang menamatkan Kursus Initial Entry Rotary Wing di United States Aviation Centre of Excellence selama setahun.

PTD dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai kanan yang dinaikkan pangkat serta berharap agar dapat menjalankan tugas dan memikul amanah yang dikurniakan Allah S.W.T dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap organisasi TD.

“Gunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya untuk memantapkan lagi perkhidmatan anda kepada organisasi dan saya berharap agar ini bukanlah majlis kenaikan pangkat yang terakhir buat anda semua”, ujar PTD.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Lt Jen Datuk (Dr.)  Hj Abd Razak Md Yusoff, dan Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD), Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Panglima-panglima formasi, Ketua-ketua Bahagian dan pegawai-pegawai TD.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close