Bersama PemimpinSemasa

IPDA Dalam Kenangan

NEGERI SEMBILAN: Seramai 100 pegawai serta 428 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Akademik Tentera Darat (ATD) bersama 200 Kadet Graduan dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlibat dalam Perbarisan Paluan Akhir Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) yang turut disaksikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Kem Haig Lines pada 1 Sep 2016.

Perbarisan yang diketuai oleh Pengarah Kolej Pegawai, Kol Rizuan Abu Bakar dimulakan dengan tiupan retreat diiringi dengan penurunan Bendera IPDA sebagai simbolik perbarisan serta semua hadirin yang hadir turut memberi tabik hormat terakhir kepada Bendera IPDA.

Kini IPDA dikenali sebagai Kolej Pegawai Tidak Tauliah apabila secara rasminya digabungkan bersama Kolej Tentera Darat (KTD) pada 15 Sep 2016 dibawah pemerintahan Akademi Tentera Darat.

Mengimbau kembali sejarah IPDA ianya bermula dengan penubuhan Kompeni percubaan Askar Melayu yang pertama menjadi bibit kepada penubuhan Tentera Darat yang mana pada tanggal 1 Mac 1933 seramai 25 anak melayu terpilih mengikuti latihan ketenteraan di bawah pemerintahan Major G. Mel S. Bruce dan pada tarikh 1 Sep 1945 diisytiharkan sebagai tarikh pembukaan pusat latihan ini dengan rasminya.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dan pegawai kanan TD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close