Bersama PemimpinSemasa

ATD Beroperasi Sepenuhnya

NEGERI SEMBILAN: Seramai 100 pegawai, 425 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), dan 220 Pegawai Kadet terlibat dalam Perbarisan Pengoperasian Akademi Tentera Darat (ATD) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Kem Segenting pada 2 Sep 2016.

Tiupan Rouse mengiringi upacara menaikkan Bendera ATD yang mana ianya merupakan simbolik perasmian bahawa ATD sudah sepenuhnya beroperasi.

Sebelum ini ATD dikenali sebagai Kolej Tentera Darat (KTD) yang bertanggungjawab menyediakan latihan serta ilmu ketenteraan kepada Pegawai TD serta latihan asas ketenteraan untuk pegawai kadet sebelum mereka ditauliahkan sebagai Pegawai Muda TD.

PTD dalam ucapannya berkata bahawa hari ini dan semalam tercatat dalam lipatan sejarah TD berkenaan perasmian dan perunduran pusat latihan yang melatih pegawai serta anggota LLP yang akan menerajui tampuk kepimpinan serta meneruskan kegemilangan dan kemantapan yang dicipta generasi terdahulu.

“Pada hari ini kita menjadi saksi penstrukturan semula KTD yang mana selepas ini dikenali sebagai Kolej Pegawai manakala Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) pula selepas ini didefinasikan sebagai Kolej Pegawai Tidak Tauliah,”ujarnya.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal dan pegawai kanan TD.

 

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close