Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Aidiladha MKWK Disambut Meriah

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyempurnakan Majlis Korban/Aqiqah Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (MKWK) bagi Tahun 1437H/2016M bertempat di MKWK pada 12 Sep 16.

Program ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama dimulakan dengan Solat Sunat Aidil Adha diimamkan oleh Mej Mohd Nizam Dato’ Hj Termizi Al-Hafiz dan khutbah bertajuk Mulianya Pengorbanan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Kol Hj Muhammad Saudi Kassim.

“Umat islam perlu berkorban dalam beberapa aspek penting seperti berkorban masa, tenaga dan fikiran dengan mengutamakan perkara wajib pada perspektif agama berbanding perkara lazim dalam kehidupan serta hendaklan berusaha mendahulukan solat fardhu berbanding aktiviti sukan atau kebajikan sosial bersama rakan-rakan sehingga ada yang terleka dengan permainan yang melalaikan daripada mengingati Allah dan membawa kemudaratan,”tegas khatib.

Acara diteruskan lagi dengan pelaksanaan peringkat seterusnya iaitu ibadah korban dengan sebanyak 22 ekor lembu dikorbankan, dua ekor daripadanya adalah sumbangan Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein, empat ekor pula daripada Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa manakala yang lain adalah daripada penyertaan persendirian.

Turut hadir Pegawai-pegawai Kanan ATM, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan 4000 kariah MKWK.

Gambar:Luqmanul Arif Abdul Karim

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close