Bersama PemimpinHUTMINDEFSemasa

83 Tahun ATM Menjadi Benteng Negara

KUALA LUMPUR: Seramai 33 pegawai serta 583 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-83 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat pada 19 Sep 2016.

HUT ATM pada tahun ini masih mengekalkan tema pada tahun lepas iaitu ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang mana sebanyak 15 Panji-panji Rejimen serta Skudron Perkhidmatan ATM terlibat secara langsung dalam perbarisan kali ini.

Dalam perbarisan ini turut menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 kakitangan awam Kementerian Pertahanan menerima Sijil Kepujian PAT manakala penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan TDM dianugerahkan kepada Markas 21 Grup Gerak Khas dan TLDM pula dianugerahkan kepada Markas Angkatan Kapal Selam serta perkhidmatan TUDM dianugerahkan kepada Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam ucapan PAT, beliau menzahirkan sukacitanya dengan mengucapkan sekalung tahniah serta syabas kepada kontinjen perbarisan yang mempersembahkan satu perbarisan yang cukup bersemangat, segak dan mantap pada hari ini.

“Walaupun kita terpaksa menempuhi hutan belantara, gelora samudera dan ribut angkasa namun, bak sumpah pahlawan silam, biar guruh berdentum di langit, walau bumi berkeping dua, angkatan kita tidak akan sesekali berundur serta membiarkan petualang dan anasir yang cuba menangguk di air keruh atau mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan bumi merdeka ini,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Abdul Rahim Mohamad Radzi, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTU, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan dan mantan-mantan panglima ATM.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

 

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close