1 Div2 Div3 Div4 DivBersama PemimpinMK Medan BaratSemasaTask Force 450Trup TD

Trup TD Ungguli SMD TD 2016

KUALA LUMPUR: Trup Tentera Darat (TD) muncul Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Tentera Darat Tahun 2016 dan acara penutup disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Dewan Wardieburn pada 24 Ogos 2016.

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari ini bertujuan mencari bakat-bakat baharu dalam Sukan Taekwando bagi mewakili TD di Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan melibatkan penyertaan seramai 183 atlet dari formasi-formasi TD.

Peserta Terbaik Lelaki dan Wanita ditentukan dalam perlawanan akhir yang menyaksikan Kpl Billage Nakang dari Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD (MK PL&DTD) dan LKpl Nur Najwa Hanani Mohd Zahir dari Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dinobatkan Peserta Terbaik pertandingan.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penganjur serta pihak-pihak yang turut membantu dalam menjayakan kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa melibatkan berlakunya sebarang kemalangan serta kecederaan.

“Kepada formasi-formasi yang tidak berjaya, saya berharap agar jangan pernah berputus asa dengan menjadikan kejohanan kali ini sebagai lesson learnt untuk diperbaiki pada masa hadapan kerana berkat usaha tanpa mengenal erti jemu pasti kejayaan memihak anda semua,”ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, dan panglima-panglima formasi TD.

Gambar: SSjn Nor Rizam Hamad

 

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close