3 DivBersama PemimpinSemasa

Trup TD 2 Johan UKMTD 2016

MELAKA: Trup Tentera Darat 2 dinobat sebagai Johan keseluruhan Pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) Tahun 2016 dalam Majlis Penutup UKMTD yang di sempurnakkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Lapangsasar Kem Terendak pada 19 Ogos 2016.

UKMTD ini yang disertai oleh 10 tim dari formasi-formasi TD, bertujuan meningkatkan standard kemahiran menembak individu dan melahirkan pegawai serta anggota TD yang mempunyai multiskill serta sebagai platform yang terbaik bagi pemilihan bakat-bakat baharu bagi mewakili Pasukan Menembak TD di Pertandingan ASEAN Armies Rifle Meet (AARM).

Sebanyak lapan kategori utama dipertandingkan pada tahun ini melibatkan kategori lelaki dan wanita yang mana Jaguh UKMTD 2016 disandang oleh Sjn Yusmin Maslan dari PLDTD, manakala The King’s Man Tacthlon TD 2016 disandang oleh Lt M Mohd Safuwan Lokman dari Trup TD 1.

Dalam ucapan PTD, beliau mahukan setiap peserta meningkatkan kemahiran serta menambah ilmu pengetahuan disamping menaikkan lagi semangat dan fizikal untuk menghadapi UKMTD kerana pertandingan ini menguji setiap anggota yang terlibat.

“Berdasarkan kepada pelaksanaan dan keputusan ujian yang dilaksanakan, pertandingan UKMTD menjadikan TD salah satu pasukan keselamatan yang pertama mempertandingan Tacthalon sukan lasak yang menguji keupayaan pegawai dan anggota TD,”tegasnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar dan Panglima-panglima formasi.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close