MINDEFSemasa

TDM Kekal Johan Tilawah Al-Quran Peringkat ATM

KUALA LUMPUR : Tentera Darat (TD) berjaya mengekalkan kejuaraan dengan muncul Johan Keseluruhan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke 67 Tahun 2016 yang di hadiri oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Md Zin bertempat¬† di Auditorium Wisma Pertahanan pada 24 Ogos 2016.

Majlis dimulakan dengan sembilan peserta tilawah memperdengarkan alunan bacaan Al Quran masing-masing yang mana Johan bagi kategori pegawai dimenangi oleh Lt Mohd Arif Soef dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) manakala Johan untuk kategori Qari Lain-Lain Pangkat (LLP) Lelaki pula disandang oleh F/Sjn (U) Mohd Rosidi Mat Zin dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala Johan Qariah kategori LLP Wanita/BAKAT disandang oleh Rabiatul Adawiyah Ismail dari TDM.

Dalam ucapan PAT,  beliau mengucapakan syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang selain gembira dengan penganjuran pertandingan seumpama ini dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Inilah keistimewaan atau keunikan ATM yang dilihat sebagai satu langkah terkehadapan dalam merintis jalan pematuhan kepada suruhan agama dan kerajaan dengan mensasarkan setiap warganya memiliki nilai-nilai sahsiah diri, bermoral dan beretika bersesuaian dengan tema tilawah pada tahum ini Al-Quran Tonggak Kesatuan ATM,”ujarnya.

Turut hadir Panglima-panglima perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan ATM dan anggota LLP.

 

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close