3 DivBersama PemimpinSemasa

Pengerusi RAD Diraikan

NEGERI SEMBILAN: Seramai 19 pegawai dan 400 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Artiler Diraja (RAD) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mantan Pengerusi RAD Mej Jen Dato’ Razali Mohd Regen bertempat di Padang Kawad Batalion Ke-51 Rejimen Artileri Diraja (51 RAD) pada 5 Ogos 2016.

Perbarisan ini diadakan bertujuan untuk menghargai jasa yang dicurahkan oleh beliau yang telah berkhidmat selama 38 tahun selain memberi tabik hormat terakhir kepada beliau yang pernah menjadi Pengerusi Rejimen Artileri Diraja (RAD).

Dalam ucapannya beliau berasa amat terharu dan menghargai perbarisan ini sebagai penghormatan terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkannya serta meluahkan rasa teruja dengan kehadiran Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selain diberikan peluang untuk mengambil tabik hormat bagi kali terakhir dalam perkhidmatannya.

“Saya ingin berpesan serta menasihati seluruh warga RAD agar terus menabur bakti dan memelihara nama baik perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia malahan kita seharusnya berbangga kerana pekerjaan sebagai seorang anggota tentera merupakan pekerjaan yang mulia di sisi Allah S.W.T,”ujarnya.

Selain itu beliau turut menambah dan berharap agar warga RAD tidak melibatkan diri serta terjebak dalam permasalahan sosial serta penyalahgunaan dadah yang mana jika tidak dibendung akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri, kerjaya dan institusi kekeluargaan.

Turut Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohamad Zuki, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohd Sofi Md Lepi dan Pengarah Artileri Brig Jen Ahmad Abu Bakar.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close