Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat Askar Wataniah

KUALA LUMPUR: Seramai lima pegawai awam di pakaikan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 18 Ogos 2016.

Majlis dimulakan dengan  tiga pegawai awam dipakaikan pangkat Kol Kehormat dimulai dengan Profesor Dato’ Dr  Musa Ahmad dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dilantik  sebagai Komandan PALAPES USIM diikuti Dato’ Junaidah Kamaruddin  yang dilantik  sebagai Ahli  Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Profesor  Datin Paduka Dr Aini Ideris  dari Universiti Putra Malaysia (UPM)  dan dilantik sebagai  Komandan PALAPES UPM.

Manakala dua lagi pegawai awam dipakaikan pangkat Lt Kol Kehormat dimulai dengan Dato’ Mazalan Md Noor yang dilantik menjadi Timbalan Pengerusi  JAKPAW Negeri Selangor disusuli Dato’ Zaiton Johari yang dilantik sebagai Ahli JAKPAW Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MKTD), Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Asisten Ketua Staf (AKS) OPLAT, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar,  AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki, AKS Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor dan pegawai-pegawai kanan MKTD.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close