Bersama PemimpinSemasa

Malam Anugerah Sukan MSAT 2015

KUALA LUMPUR: Seramai 105 orang atlet serta pentadbir sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diraikan dalam Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Sukan 2015 anjuran Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Johari Baharum bertempat di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 24 Ogos 2016.

Sebanyak lapan kategori anugerah kecemerlangan sukan diberikan kepada atlet-atlet ATM yang berjaya mengharumkn nama ATM di peringkat Luar Negara mahupun dalam Negara.

Penerima bagi kategori Anugerah Khas, diberikan kepada Mej Yuhaizam Yahaya (TUDM), manakala Tokoh Jurulatih Sukan, dirangkul oleh Kapt Subarao Poliah (TUDM), seterusnya bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati, disandang oleh LU I Muhamad Hafizuddin Mat Daud dan PW I Nor Rizah Ishak, manakala Johan keseluruhan Sukan Antara Perkhidmatan 2015 disandang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam ucapan Timbalan MENHAN, beliau berbangga dengan kerjayaan dan kecemerlangan yang ditempa oleh ATM hasil daripada usaha serta semangat juang dan komitmen atlet dan juga pentadbir sukan.

“Perhatian wajar diberikan terhadap hal-hal meliputi pembangunan sukan di pasukan, penyertaan dalam pertandingan setempat, peningkatan fasilitas dan kelengkapan sukan, rancangan kerjaya dan kebajikan para atlet termasuk atlet kelainan upaya,” ujarnya.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin selaku penaung MSAT, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selaku Yang Di-Pertua MSAT, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang (TUDM).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close