Bersama PemimpinSemasaTrup TD

Malam Anugerah Sukan Gerak Khas

JOHOR: Kol Komandan Gerak Khas Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Malam dan Anugerah Jaguh Sukan Gerak Khas Tahun 2015 yang diadakan di Hangar Skuadron Perahu Khas (SPK) pada 3 Ogos 2016.

Majlis ini juga salah satu acara dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas Ke-51 yang bertujuan memberi anugerah dan mengiktriraf anggota-anggota Gerak Khas yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang sukan.

Terdapat tiga anugerah sukan yang diberikan iaitu Anugerah Jaguh Sukan, Anugerah Lambang Penuh dan Anugerah Pengurusan dan Jurulatih.

Turut hadir Tengku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Panglima Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim dan Panglima 21 GGK Brig Jen Dato’ Effendi Hj Ab Karim.

Gambar: Mohd Rizal Ghazali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close