Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Lawatan Rasmi COAS Pakistan

KUALA LUMPUR: Chief of Army Staff (COAS) of the Pakistan Army, Gen Raheel Sharif melakukan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 17 Ogos 2016.

Terdahulu dari itu, ketibaan beliau di perkarangan Kementerian Pertahanan disambut oleh PTD  lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD.

Kunjungan tersebut merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Pakistan.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki serta AKS Operasi dan Latihan Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.

Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close