Bersama PemimpinSemasa

Labuhnya Tirai LATGABMA MALINDO DARSASA

TERENGGANU: Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MK ATM) Lt Jen Dato’ Sri Hj Sabri Adam TUDM bersama Kepala Staf Umum Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) Laksamana Madya Dr. Didit Herdiawan menyempurnakan Majlis Penutup Eksesais LATGABMA MALINDO DARSASA (Latihan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera dan Angkasa) bertempat di Dataran Kampung Kuala Kemaman pada 1 Ogos 2016.

Eksesais yang diadakan selama 13 hari itu melibatkan 1844 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada ATM dan TNI dan turut melibatkan penyertaan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seramai 50 orang.

Tujuan eksesais adalah untuk mewujudkan konsep operasi gabungan bersama di lapangan serta meningkatkan interoperability dalam melaksanakan operasi bersama diantara kedua-dua negara yang bertemakan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).

Pada masa yang sama turut diadakan persembahan simulasi menyelamatkan mangsa banjir, nelayan hanyut di tengah lautan dan menyelamatkan mangsa yang terdedah kepada bahan kimia beracun.

Dalam ucapan penutup KS MK ATM, beliau mengucapkan rasa bangganya terhadap semangat kerjasama yang tinggi diantara kedua-dua negara bagi memastikan eksesais ini berjalan dengan lancar.

Turut hadir Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato’ Anuwi Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam  Negeri dan Ketenteraman Awam, Komisioner Polis Dato’ Sri Muhammad Sabtu Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Kemaman Tuan Haji Wan Abd Hakim Wan Mokhtar.

Gambar: LKpl Ainur Aishah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close