MINDEFSemasa

Tabung Pahlawan Hargai Perwira Negara

KUALA LUMPUR:  Penaung Tabung Pahlawan Datin Sri Rosmah Mansor menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2016 bertempat di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 31 Jul 2016.

Tujuan utama pelancaran adalah untuk memberi bantuan kebajikan sebanyak RM500.00 kepada Veteran Kelainan Upaya (VKU) serta penghidap penyakit kronik seramai 2,000 orang malahan menyalurkan bantuan elaun sara hidup bulanan RM300.00 kepada veteran dan balu yang daif yang tidak layak menerima bantuan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan.

Selain itu, majlis ini turut memberi bantuan wang tunai kepada veteran serta balu yang terlibat dalam musibah dan bencana alam dan akhir sekali memberi bantuan peralatan perubatan seperti tongkat dan kerusi roda kepada VKU serta balu yang cacat.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Tabung Pahlawan kerana tidak mengenal jemu membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bersatu memberi penghargaan yang sewajarnya kepada kepada pahlawan negara yang masih berkhidmat atau sudah tiada kerana sehingga ke hari ini telah ramai perajurit terkorban dalam mempertahankan negara kerana mereka sanggup dihujani peluru, bermandikan darah dan keringat serta nyawa di badan menjadi taruhan asalkan ibu pertiwi aman sejahtera daripada ancaman musuh negara,”ujarnya.

Turut hadir Menteri Pertahan Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd. Johari Baharom, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Hj Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor, Panglima Tentera Laut  Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin dan Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Datuk Sri Affendi Buang.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close