Bersama PemimpinSemasaTrup TD

Raja Muda Selangor Terima Watikah

MELAKA: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj berkenan mencemar duli menyaksikan Penyampaian Watikah Tauliah Kepada Pegawai Muda Tentera Darat (TD) Tauliah Luar Negara yang mana ianya disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Dataran Parawood pada 19 Jul 2016.

Seramai lima orang Pegawai Muda TD Tauliah Luar Negara terlibat dalam upacara yang mana ianya didahului oleh DYTM Raja Muda Selangor Lt M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Al Haj, diikuti Lt M Mohd Nafiq Afifi Jumaan, Lt M Muhammad Akmal Azmi, Lt M Mohamad Haziq Mohd dan Lt M Mohammad Hariz Hashim.

Empat daripada lima pegawai muda ini menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom dan seorang daripadanya dari Officer Cadet School SAFTI Military Institute, Singapore dan mereka yang ditauliahkan ini ditempatkan di Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) Para serta Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) Para.

Menurut Raja Muda Selangor baginda menzahirkan rasa bangga dan sukacitanya setelah ditauliahkan ke 17 RAMD Para dan berhasrat untuk memberi fokus kepada latihan seterusnya dalam memantapkan pengetahuan baginda dalam dunia ketenteraan.

“Saya memilih untuk berada disini bersama barisan jurulatih yang berterusan melatih saya serta berhasrat untuk meneruskan latihan serta menghadiri kursus pada masa akan datang seperti Kursus Pegasus dan Airborne,” ujarnya.

Turut hadir, Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka, TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir Hj Idris Haji Haron, Panglima Angkatan Tentera  Jen Tan Sri Dato’ Seri Dr Zulkifeli Mohd Zin, Panglima 3 Div Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Panglima 10 Bgd Para Brig Jen Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close