Bersama PemimpinMINDEF

Khutbah Khas Jumaat Sempena Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menunaikan Solat Jumaat dan Khutbah Khas Sempena Hari Pahlawan 2016 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 29 Jul 2016.

Khutbah Jumaat dibacakan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat bertajuk Semangat Kepahlawanan Sumber Kekuatan Ummah yang mengajak jemaah untuk sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Selain itu, khutbah turut menyeru jemaah agar mencontohi keperibadian Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya yang berjaya menawan Kota Konstantinopel kerana berkat keperibadiannya serta bala tenteranya yang sentiasa mengambil berat tentang solat berjemaah, Solat Sunat Rawatib serta Solat Sunat Tahajud dilaksanakan sebelum menghadapi musuh di medan peperangan.

“Ummah dan barisan pertahanan negara dituntut supaya sentiasa bersiap sedia sepanjang masa menghadapi kedatangan musuh dengan berterusan mengkaji serta mengadaptasi pengalaman Rasulullah SAW memasuki medan memerangi musuh islam yang nyata,”tegasnya.

Turut hadir Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut  Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad (TUDM).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close