3 DivBersama PemimpinSemasa

Keris Strike Perkukuh Hubungan Dua Negara

JOHOR: Seramai 15 pegawai dan 240 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Batalion Kesepuluh Rejimen askar Melayu Diraja bersama pasukan 8-1 Cavalry Battalion US Army Panglima terlibat dalam Perbarisan Pembukaan Eksesais Keris Strike Siri 20/2016 yang disempurnakan oleh Panglima 3 Div Mej Jen Hasagaya Abdullah bersama Deputy Commanding General Operations of 25th Infantry Division Col Stephen L.A Micheal  bertempat di Padang Kawad Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) pada 25 Jul 2016.

Eksesais yang berkonsepkan latihan Command Post Exercise Command (CPX), Field Training Exercise dan Subject Matter Exchange (SME) ini merupakan Eksesais Bilateral di antara  Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada anggota TDM dan USARPAC khususnya dalam pengurusan bencana alam dan bantuan kemanusiaan (Human Assist and Disaster Relief) sama ada dalam bentuk akademik mahupun secara praktikal.

Selain itu, ianya juga mempunyai objektif untuk memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama ketenteraan diantara dua negara serta memberi pendedahan terhadap prosedur operasi medan di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan antara dua negara.

Dalam ucapan Panglima 3 Div, beliau berasa amat besar hati dengan kesudian pihak delegasi USARPAC untuk datang ke negeri Johor bagi menjalani latihan bersama dengan TDM malahan beliau turut berpendapat bahawa eksesais ini dapat mengeratkan lagi semangat kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua negara sekali gus mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi.

Dalam pada itu, latihan bilateral ini akan diadakan di tiga lokasi yang berbeza iaitu di Kem Syed Sirajuddin, Kem Mahkota  dan Kem Ulu Tiram yang berlangsung selama 12 hari bermula dari 25 Jul hingga 5 Ogos 2016.

Turut hadir, Panglima 7 Bgd Brig Jen Mohd Hassan Loman dan delegasi USARPAC.

Gambar: Sjn Vijay Gaundhar Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close