BAKATMINDEFSemasa

Sumbangan Hari Raya Kepada Warga ATM

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2016 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama isteri Perdana Menteri (PM), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor merangkap Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) bertempat di Auditorioum Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 21 Jun 2016.

Majlis khas ini bertujuan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih KEMENTAH kepada warga ATM dalam melaksanakan tugas operasi pada tahun ini yang melibatkan seramai 20,000 warga ATM yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan termasuk wanita akan melaksanakan tugas di perbatasan, kepulauan, samudera raya dan ruang angkasa di dalam mahupun luar negara, juga merangkumi  kawalan keselamatan setiap pasukan, kem dan unit agar  kedaulatan tanah air pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kekal terpelihara.

Sebanyak 64 sumbangan yang diterima, 16 daripada sumbangan tersebut adalah dalam bentuk pelbagai barangan manakala 48 sumbangan lagi adalah berupa sumbangan kewangan yang mencecah RM1.4667 juta akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Di samping itu, empat badan korporat juga turut menyumbang kepada Tabung Zakat ATM yang secara keseluruhannya mencecah RM1.282 juta iaitu terdiri  daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berjumlah RM432,000.00, Affin Islamik Bank Bhd, RM350,000.00, Koperasi Tentera Berhad, RM350,000.00 dan Affin Hwang Investment Bank Berhad sebanyak RM150,000.00 yang mana sumbangan ini akan disalurkan kepada asnaf-asnaf yang terdapat di dalam ATM bagi program dakwah, program saudara baru, membantu anggota yang kurang berkemampuan, peningkatan program pendidikan dakwah dan sahsiah, bantuan prasarana masjid dan surau ATM serta bantuan ehsan bencana.

Turut hadir  Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, PTU, TPTD, isteri MENHAN, Datin Seri Tunku Marsila Tengku Abdullah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT, ahli-ahli BAKAT, para penyumbang Barangan Hari Raya Aidilfitri serta pegawai-pegawai kanan ATM, anggota LLP dan penjawat awam.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close