Semasa

PUZIDA Berjaya Latih Tentera Timor Leste

KUALA LUMPUR: Seramai 25 Penuntut Kursus terdiri daripada satu pegawai dan 24 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Timor Leste terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Asas Brass Band yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Dewan Terbuka Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA) pada 15 Jul 2016.

Kursus ini diadakan selama enam bulan bermula dari 14 Dis 2015 hingga 16 Jun 2016 meliputi lima modul utama iaitu Modul Teori Muzik, Modul Aural, Modul Alat Muzik Utama, Modul Full Band Kawad Pancaragam serta meliputi lima ujian terminal yang mana penuntut telah mahir memainkan sebanyak 15 buah lagu yang dipilih mangikut kesesuaian semasa.

Turut hadir Timbalan Panglima Angkatan Tentera Timor Leste H.E Brig General Filomeno Paixao De Jesus, Duta Besar Timor Leste di Malaysia H.E Jose Antonio Amorim Dias , Panglima Pemerintahan Medan Barat TD Lt Jen Dato’ Sri Zulkiplle Hj Kassim,  dan Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close