2 DivBersama PemimpinSemasa

Menhan Lawat Kawasan Operasi

PERAK: Menteri Pertahanan (Menhan) Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein bersama Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Moha­med Noor melakukan lawatan ke Marker November serta berbuka puasa bersama anggota tentera di Markas Taktikal 749 Banding pada 27 Jun 2016.

Tujuan lawatan adalah sebagai sokongan moral kepada anggota yang bertugas di kawasan operasi pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi serta melihat persiapan anggota yang bertugas di perbatasan dalam meningkatkan sistem pertahanan negara terutamanya dalam usaha menghakis jenayah rentas sempadan.

Menhan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia tidak lupa kepada jasa dan pengorbanan yang telah dicurah oleh anggota tentera yang sentiasa bersengkang mata serta bersiap sedia demi memastikan negara ini berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih dan menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala limpahan keringat yang dicurahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia yang sentiasa mengutamakan pelaksanaan tugas menjaga keselamatan negara tercinta ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama Menhan turut menyampaikan cenderahati kepada penduduk Perkampungan Orang Asli Sungai Kejar sebagai simbolik Kementerian Pertahanan mengambil berat terhadap kebajikan orang asli yang tinggal di kawasan Hutan Royal Belum.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Pemerintahan Medan Barat TD Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dan Asisten Ketua Staf (AKS) Cawangan Operasi dan Latihan (OPLAT) Mej Jen Dato’ Ramli Jaafar.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close