Bersama PemimpinMINDEFSemasa

LIMA 2017 Dapat Sambutan Memberangsangkan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan Majlis Pelancaran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA’ 17) bertempat di Auditorioum Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 23 Jun 2016.

Dalam ucapan MENHAN, beliau menyatakan bahawa pada edisi penganjuran LIMA ke 14 ini dijangka lebih meriah dengan penglibatan sebanyak 550 syarikat dari 38 negara bersama 80 buah pesawat, 68 Kapal Penggempur dan bot dari seluruh dunia akan menyertai pameran yang berprestij ini malahan Kementerian Pertahanan juga yakin bahawa LIMA 17 turut mampu menarik seramai 40,000 pelawat perdagangan industri pertahanan serta delegasi dari luar negara yang dilihat akan turut menyumbang dalam pertumbuhan jumlah pelancong ke negara ini.

“Walaupun timbul persoalan tentang perbelanjaan untuk pertahanan amat tinggi nilainya berikutan isu kegawatan ekonomi, jawapan kepada persoalan ini adalah kerana kemajuan teknologi terkini yang berupaya membantu sistem pertahanan malahan turut mampu untuk menggugat segala persiapan yang telah dilakukan, kita membelanjakan sedikit peruntukan demi memastikan nyawa dan keselamatan rakyat terjamin berikutan ianya adalah janji dan taat setia perwira dalam memastikan nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin”, ujarnya.

Pameran LIMA 17 akan diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri pada 21 hingga 25 Mac 2017 yang mana selain daripada penganjuran pameran pertahanan turut diadakan perbincangan meja bulat antara pemimpin pertahanan dan pada masa yang sama diadakan Karnival Kerjaya LIMA bagi menarik minat golongan belia untuk datang ke pameran yang berprestij ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum, Pengerusi EN Projek (M) Sdn Bhd Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar Hj. Mohd Nor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close