Bersama PemimpinSemasa

Jenazah DA Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

MELAKA: Jenazah Atase Pertahanan Malaysia di Indonesia Allahyarham Brig Jen Dato’ Jalaluddin Md Yusof selamat tiba di tanah air setelah diterbangkan  khas dengan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Jakarta dan disambut oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron bertempat di Lapangan Terbang Batu Berendam pada 16 Jun 2016.

Jenazah diiringi beberapa pegawai Tentera Darat (TD) dan juga isterinya, Datin Sadaah Mohamad dari Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma.

Sebaik sahaja selesai  istiadat penerimaan, jenazah Allahyarham terus dibawa ke Masjid As-Syuhada Kem Terendak untuk disolatkan yang mana turut disambut oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob bersama Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi serta keluarganya lalu jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Pusara Abadi Batu 11/5 Sungai Udang untuk dikebumikan.

Allahyarham dikatakan rebah ketika keluar dari dewan utama di Kedutaan Besar Malaysia semasa Majlis Berbuka Puasa untuk menunaikan solat Isyak lalu dikejarkan ke Hospital MMC di Kuningan Jakarta sebelum disahkan meninggal dunia.

Turut hadir Panglima Pemerintahan Medan Barat TD Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim dan Panglima 3 Div Mej Jen Hasagaya Abdullah.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close