Bersama PemimpinMINDEFMK TD

Buku MASt Perkukuh Standard TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menghadiri Majlis Pelancaran Buku Manual Malaysia Army Standard (MASt) bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 1 Jun 2016.

Objektif pelancaran bertujuan untuk memperkasakan keberkesanan dan kecekapan sistem serta prosedur sedia ada dalam Tentera Darat (TD) yang mana terdapat tiga buah buku manual dilancarkan iaitu Manual Pengurusan Stor Senjata, Pengurusan Keluar Masuk Kem Tentera dan Pengurusan Dewan Makan di Kompleks Sajian.

Dalam ucapan PTD beliau menyatakan bahawa sudah sampai masanya untuk TD menguruskan sendiri standard kualiti tanpa mengurangkan standard ISO yang telah digunapakai sehingga ke hari ini.

“Saya berharap pendekatan yang kita ambil ini akan mampu mengukuhkan lagi TD melalui Army 2 10 PLUS 10 yang telah kita aplikasikan dan seterusnya melangkah ke tahun 2020 bersama pengolahan Army F0r Next Generation atau Army 4nextG sebagai penampan kepada hala tuju TD di masa hadapan agar lebih mantap dan berkualiti tinggi,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato Seri Panglima Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Pemerintahan Medan Barat TD Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Pemerintahan Medan Timur TD Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dan Ketua Staf Markas Tentera Darat  Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal.

Gambar: Pbt Ainur Aisyah Yahaya

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close