Agong Berbuka Puasa Bersama Warga RAMD dan KPD

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Kol Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) bertempat di Masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sg Besi pada 19 Jun 2016.

Terdahulu keberangkatan tiba Seri Paduka disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bersama Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di perkarangan masjid.

Selepas berbuka puasa baginda menyertai jemaah yang hadir menunaikan solat Mahgrib yang diimamkan Pengarah Kor Agama ATM, Mej Jen Dato’ Kamarudin Mamat dan setelah selesai solat majlis diteruskan dengan santapan serta penyampaian dana sebanyak RM373,000 oleh baginda kepada beberapa pertubuhan kebajikan termasuk Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim Kedah, Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM  yang mana baginda merupakan Penaung Yayasan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah serta turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada Yayasan Veteran ATM dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ATM.

Turut hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Diraja Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Panglima Pemerintahan Medan Barat TD (PMBTD) Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim.

Gambar: Sjn Sanggah Tri

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close