Semasa

Agong Berbuka Puasa Bersama Warga ATM

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia dan Warga Awam Kementerian Pertahanan bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 21 Jun 2016.

Terdahulu keberangkatan tiba Seri Paduka disambut oleh Menteri Pertahanan Dato‘ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Sri Mohd. Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin serta Panglima-panglima Perkhidmatan di perkarangan masjid.

Seri Paduka Baginda turut menyertai solat Maghrib yang diimamkan oleh Pengarah Kor Agama ATM, Mej Jen Dato’ Kamarudin Mamat secara berjemaah bersama kira-kira 1,500 orang warga ATM dan warga awam Kementerian Pertahanan.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close