Semasa

12 Pegawai Kanan TD Dinaikkan Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Transit TD pada 21 Jun 2016.

Pemakaian pangkat dimulai dengan kenaikkan pangkat Kol ke Brig Jen yang didahului oleh Brig Jen Ahmad Abu Bakar yang dinaikkan pangkat serta menjawat jawatan sebagai Pengarah Artileri Markas Tentera Darat (MK TD) dan Brig Jen Surveyor Dr Mohd Zamri Mohamad Rabab, menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Lt Kol ke Kol dahului oleh Kol Malek Razak Sulaiman, menjawat jawatan sebagai Kol Belanjawan Cawangan Perancangan dan Pembangunan MK TD dan Kol Khairul Izan Muhammad Suffian yang akan menjawat jawatan sebagai KS AM Cawangan Operasi Markas Gerup Artileri Pertahanan Udara (GAPU).

Manakala lapan pegawai kanan dinaikkan pangkat Mej ke Lt Kol disertai dengan Pegawai Sukarela Askar Wataniah adalah Lt Kol Zulkernain Ayob, menjawat jawatan Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD), Lt Kol Azhar Ahmad, menjawat jawatan PS 1 Undang-undang Markas Pemerintahan Medan Barat (PMB), Lt Kol Mohd Radzi Othman, menjawat jawatan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Lt Kol Md Zaini Osman, menjawat jawatan Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan RAMD (PARA), Lt Kol Zaharuddin Ishak, menjawat jawatan Ketua Jurulatih PALAPES Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Lt Kol Mohd Azizi Awang Lah, menjawat jawatan Pegawai Memerintah 93 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Lt Kol Mashhor Hj Hassan, menjawat jawatan Ketua Detasmen Skuadron Komunikasi Statik Markas Briged Keenam Infantri Malaysia dan Lt Kol Dr Tay Chong Seng, kekal sebagai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 501 Askar Wataniah.

Dalam ucapan PTD beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat dan diingatkan bahawa kenaikkan pangkat ini turut disertakan dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas mereka disamping dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas serta bertanggungjawab terhadap organisasi kelak.

“Kenaikkan pangkat merupakan sesuatu yang sentiasa dinantikan oleh setiap Pegawai mahupun anggota Lain-lain Pangkat TD kerana ianya melibatkan kerjaya dan juga masa depan dalam TD, namun tidak harus dilupakan pangkat yang diberi merupakan kepercayaan TD terhadap kemampuan saudara-saudari dalam menggalas tugas yang bakal dipikul, saya percaya dan yakin saudara-saudari mampu mengalas amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin jujur, ikhlas dan berdedikasi dalam memastikan TD tetap unggul dan berwibawa dalam ATM.”

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi,Panglima Medan Barat TD,  Lt Jen Dato’ Seri Zulikple Hj Kassim.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close