Semasa

Rangka Veteran Tentera Australia Dibawa Pulang

SELANGOR: Istiadat Penyerahan Rasmi Rangka Warga Australia di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan Australia, Ray Griggs diiringi oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohd Johari Baharom bertempat di Pangkalan Udara Subang pada 31 Mei 2016.

Majlis dimulai dengan upacara pemeteraian dokumen reconciliation dan sijil rasmi penyerahan 32 rangka dan istiadat dijalankan berikutan selesainya misi penyelidikan dan ekskavasi yang telah dilakukan hasil kerjasama di antara Muzium Tentera Darat dan Tim Disaster Victim Identification (DVI) Malaysia yang mana hasrat Kerajaan Australia yang ingin memindahkan kubur veteran tentera Australia dari Perkuburan Perang Komanwel, Kem Terendak Melaka bagi pengkebumian semula di bumi Australia menerusi penerbangan  menggunakan pesawat C 17 milik Royal Australian Air Force (RAAF) pada jam 1330.

Turut hadir Australia High Commisioner, Rod Smith,Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut, Laksamana Dato’ seri Panglima Ahmad  Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan Timbalan Ketua TUDM, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang (TUDM).

Gambar: Mohd Rizal Ghazali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close