Bersama Pemimpin

PUSASDA LAHIR PERAJURIT MUDA BERDISPLIN

NEGERI SEMBILAN: Seramai 1593 Perajurtit Muda (PM) Lelaki dan 29 Perajurit Muda Wanita terlibat dalam Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 179/2015 dan Wanita Siri 41/2015 setelah enam bulan menjalani latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Dato’ Wira Mohd Johari Baharum bertempat di Padang Kawad PUSASDA pada 28 Mei 2016.

Latihan PM dilaksanakan selama 24 minggu bermula pada 23 Nov 2015 hingga 28 Mei 2016 yang dijalankan secara konvensional dengan pelaksanaannya diselaraskan supaya objektif latihan dapat dicapai dalam melatih serta melengkapkan PM dengan pengetahuan dan kemahiran asas ketenteraan seperti aspek-aspek ilmu ketenteraan, memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, membentuk disiplin ketenteraan, keperibadian dan kerohanian sebelum diserapkan ke pelbagai Kor dalam TD.

Dalam ucapan Timbalan Menteri Pertahanan, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada PM kerana berjaya menamatkan latihan dengan jayanya dan kejayaan PM pada hari ini merupakan ketabahan, kecekalan dan semangat kental yang ditunjukkan sepanjang enam bulan menjalani latihan di pusat latihan dan tidak lupa kepada ibubapa yang sentiasa menyokong penuh semangat anak-anak dalam menceburi bidang ketenteraan ini.

“Dikesempatan ini, saya ingin menyeru kepada saudara dan saudari untuk memberi sepenuh tumpuan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagai seorang anggota tentera dan sentiasa mengamalkan sikap berintegriti, telus, kerjasama, berdisiplin dalam memastikan misi dan visi tercapai serta tidak boleh berasa terlalu selesa dan leka kerana cabaran pada masa kini amatlah mencabar,” tegasnya.

PM Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada PM Safarudin Khairul Kamsani dan empat anugerah PM Terbaik mengikut kategori dimulai dengan Akademik Terbaik diberikan kepada PM Norlinah Haris, Kecergasan Jasmani Terbaik disandang oleh PM Muhammad Zulhilmi Sepri, Kawad Terbaik dianugerahkan kepada PM Muhammad Zharfan Abdullah dan Penembak Terbaik diberikan kepada PM Nik Shahrul Nizam Nek Man.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, pegawai kanan TD dan keluarga Perajurit Muda.

 

 

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close