3 DivSemasa

Op Reunites Erat Hubungan Dua Negara

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Hj Idris Hj Haron bersama-sama dengan warga Tentera Darat (TD) Kem Terendak hadir memberi penghormatan terakhir sempena Majlis Send off 32 Rangka Warga Australia ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, bertempat di Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) pada 30 Mei 2016.

Upacara dilaksanakan secara medium profile adalah sebagai simbolik penghormatan daripada TD kepada warga Australia amnya dan Tentera Australia khasnya yang telah terkorban serta dikebumikan di Commonwealth War Grave (CWG) Terendak, dimulakan dengan menurunkan bendera Australia diiringi tiupan Last Post.

Sebanyak 32 buah keranda dibawa secara konvoi dengan menggunakan 32 buah kereta jenazah yang disediakan oleh Australia High Commission (AHS) serta diiringi oleh enam buah kenderaan pengiring Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari Kem Terendak ke TUDM Subang dan rangka tersebut akan ditempatkan buat sementara waktu di Dewan Abadil TUDM Subang sebelum diserahkan kepada Kerajaan Australia pada 31 Mei 2016 seterusnya dikembalikan kepada Next of Kin (NOK) di Australia.

Op Reunites dicetuskan hasil daripada perbincangan Menteri Hal Ehwal Vateran Australia, Senator Hon Muchael Ronaldson dengan Mantan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri semasa kunjungan hormat beliau ke Wisma Pertahanan dengan tujuan untuk mengembalikan kepada NOK dan tanda terima kasih Kerajaan Malaysia terhadap pengorbanan Angkatan Pertahanan Australia (APA) serta pasukan keselamatan negara Komenwel ketika mempertahankan Malaysia semasa era darurat, konfrontasi dan ancaman komunis di Tanah Melayu.

Turut hadir Deputy Head of Mission Malaysia, Dr Angela Macdonald, Panglima 3 Div, Mej Jen Hasagaya Abdullah, Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLTD & DTD), Mej Jen Dato’ Paduka Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Gambar: PWII Mohd Shahril Mat Ali

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close