Bersama PemimpinMINDEF

Koperasi Tentera Catat Peningkatan Pendapatan Bagi Tahun 2015

SELANGOR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad Ke-51 bertempat di Dewan PERHEBAT pada 29 Mei 2016.

Mesyuarat bertujuan untuk menghebahkan kepada ahli Koperasi Tentera (KT) terhadap peningkatan prestasi kewangan yang membanggakan dengan mencatat peningkatan sebanyak RM257 juta pada tahun 2015 dengan pertambahan hampir 18% sekaligus mengumumkan pulangan dividen sebanyak 10% bersamaan RM117 juta kepada lebih 153,00 ahli yang berdaftar.

Menurut kenyataan Pengerusi KT Mej Jen  Dato’ Zulkiflee Mazlan (Bersara) beliau berkata dengan pembayaran dividen 10%, KT masih mampu memberikan pulangan dua digit secara konsisten kepada ahlinya.

Terdahulu dari itu, PAT dalam ucapannya berbangga dengan pencapaian KT diatas pengiktirafan sebagai empat koperasi terbaik Malaysia menurut Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2015.

Majlis diteruskan dengan sumbangan  KT kepada penerima Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) kategori PT3 dan SPM serta Anugerah Setia Tahun 2015 yang bertujuan  menghargai anggota tentera yang terlibat dengan kematian, anak-anak anggota tentera yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran dan ahli-ahli KT yang aktif dalam keanggotaan dengan tempoh melebihi 20 tahun.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Moha­med Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Timbalan Panglima Tentera Udara Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi Buang, pegawai kanan ATM.

Gambar: Sjn Vijay Gaundhar Arikhrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close