Semasa

Forum Perdana Ehwal Islam Diskusi Ilmu Buat Warga TD

PAHANG:  Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menganjurkan  Program Bual Bicara Forum Perdana Ehwal Islam bersempena Hari Tentera Darat Ke-83 yang dipaparkan secara langsung dari Dewan Serbaguna Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (12 RAMD Mek) pada 12 Mei 2016.

Program ini bertujuan mendedahkan anggota Tentera Darat (TD) dan penonton yang hadir dengan diskusi ilmu-ilmu kerohanian sebagai bekalan jati diri selain ianya merupakan program tahunan TD dan tajuk forum pada kali ini ialah Gagah Setia, Benteng Negara  yang dihoskan oleh Ustaz Rizal Ramli dan penceramah jemputan  Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin serta Uztaz Dr Haji Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Forum Perdana Ehwal Islam kali ini, membincangkan berkaitan sudut pertahanan dari perspektif islam  walaupun TD baru berusia 83 tahun dan boleh dianggap muda jikalau dibandingkan dengan tentera negara lain yang mencecah ratusan tahun namun pengalaman luas dalam menghadapi perang dunia ke-2 dan ancaman komunis membuktikan TD berupaya menangani ancaman keselamatan.

Selain itu penceramah menasihatkan setiap anggota tentera perlu mempunyai kekuatan rohani dan dalaman yang kuat bagi menghadapi ancaman yang datang dari pelbagai bentuk sesuai dengan peredaran zaman dan semua umat islam serta anggota tentera perlu mementingkan ajaran pendidikan islam  dari dalam sebuah keluarga lagi agar dapat melahirkan  warga Malaysia yang sayangkan kedaulatan negara.

Turut hadir Mufti Pahang Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Haji Osman, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, CEO Bank Muamalat Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid,  pegawai-dan anggota LLP serta Pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close