Profil PasukanRencana

Brass Band Wanita Pertama dalam TD

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

[dropcap]B[/dropcap]rass Band atau Pancaragam berbaris secara umumnya merupakan sekumpulan pemuzik yang terdiri daripada pemain alat muzik serta pasukan penari atau pengawal yang biasanya membuat pertunjukan di kawasan terbuka dengan melakukan satu perbarisan dan kadangkalanya disusuli dengan gerakan berbentuk formasi  menggunakan peralatan muzik seperti alat bras, tiup kayu dan genderang. Namun, daripada sudut bahasa, pancaragam juga boleh didefinasikan sebagai gabungan alat-alat muzik yang dimainkan secara berkumpulan dan mengeluarkan bunyi serta berbagai jenis irama.

BrassbandwanitaTD01-2

Pancaragam dalam dunia ketenteraan bukanlah sesuatu yang asing kerana sejarah telah mencatatkan pada suatu ketika dahulu, irama paluan gendang yang dimainkan oleh kumpulan pancaragam telah digunakan di barisan hadapan untuk menaikkan semangat tentera-tentera bagi menyemarakkan lagi semangat juang dalam berdepan dengan peperangan kerana alunan muzik mampu memangkinkan semangat, mengawal emosi serta memberi motivasi kepada anggota tentera.

Peranan Brass Band dalam TD

Brass Band TD juga memainkan peranan yang unik dalam meningkatkan imej TD secara khususnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Malaysia khasnya apabila turut membuat persembahan di luar negara. Selain itu juga, ia menjadi platform jalinan ukhwah di antara TD dengan masyarakat melalui persembahan TATTOO serta roadshow di seluruh negara.

BrassbandwanitaTD03

Fungsi Kumpulan Brass Band TD pada masa aman adalah menyerikan majlis-majlis rasmi negara termasuk Hari Pertabalan/Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Kunjungan Pembesar Negara, Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran, majlis rasmi negeri-negeri dan majlis rasmi ATM serta TD juga termasuk Hari Ulang Tahun (HUT) ATM dan TD, Penganugerahan Panji-Panji, Perbarisan Diraja dan lain-lain.

Penubuhan Brass Band Wanita Pertama TD

Buat julung pertama kalinya sejarah Tentera Darat (TD) telah dilakar dengan tertubuhnya Kumpulan Brass Band Wanita daripada Rejimen Semboyan Diraja (RSD)  diperkenalkan dan diberi penghormatan tertinggi untuk menyertai Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-83 pada 1 Mac 2016. Penubuhan kumpulan pancaragam ini secara amnya boleh dianggap sebagai kumpulan pancaragam wanita pertama dalam TD. Hal ini adalah kerana meskipun mereka terdiri daripada Kor RSD, namun secara tidak langsung mereka merupakan kumpulan pancaragam wanita pertama yang ditubuhkan memandangkan tiadanya kumpulan pancaragam wanita terdahulu diwujudkan.

BrassbandwanitaTD02-2

Tercetusnya cadangan untuk menubuhkan satu Pasukan Brass Band Wanita ini adalah semasa Sidang Tertinggi Panglima  Tentera Darat (STPTD) Siri 51/2015 pada 11 Mei 2015 bertujuan untuk mempromosikan keunggulan melalui pancaragam dan mempamerkan setiap wanita TD juga mempunyai keupayaan yang pelbagai selain memberi pendedahan kepada anggota tentera dengan variasi pengetahuan khususnya berkaitan muzik dengan lebih mendalam.

Bagi mencapai objektif pembaharuan dalam TD ini, Jabatan Arah Semboyan telah dimandatkan dengan tanggungjawab untuk menganjurkan uji bakat bagi memilih anggota wanita yang berkelayakan serta mempunyai bakat bermain alat-alat muzik untuk menjadi perintis Kumpulan Brass Band Wanita TD. Tanggal 15 Oktober 2015, seramai 41 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terdiri daripada Kor RSD sendiri telah terpilih dalam sesi uji bakat dan pemilihan tersebut dijayakan dengan bantuan Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA). Akhirnya, pada 26 Okt 2015 secara rasminya, organisasi Kumpulan Brass Band Wanita yang diketuai Pegawai Pemerintah, Kapt Ida Marlini Tachmi telah ditubuhkan.

Persediaan dan Latihan

Bermain alat muzik secara zahirnya kelihatan seperti sesuatu perkara yang begitu mudah. Namun, sekiranya anggota tidak mempunyai minat mahupun kemahiran, ia pasti akan mencemarkan kepaduan paluan serta kemerduan tiupan dalam kumpulan pancaragam tersebut. Selain itu juga, semangat kerjasama serta saling bantu-membantu merupakan aspek yang paling penting dalam kumpulan ini memandangkan ia melibatkan penyatuan secara berkumpulan kerana tanpa satu alat muzik yang dimainkan akan menghasilkan muzik atau alunan yang sumbang. Oleh itu, setiap anggota dalam sesebuah kumpulan pancaragam mempunyai peranan serta tugas penting agar dapat menghasilkan satu pertunjukkan yang hebat dan mampu menggamit  hati para penonton.

BrassbandwanitaTD01

Memandangkan kumpulan ini baru ditubuhkan, latihan serta pendedahan secara terperinci adalah perlu. Oleh sedemikian, kumpulan pancaragam wanita ini telah diberi pendedahan serta latihan asas dengan mengikuti Kursus Pemuzik Tahap Satu bermula pada 11 April sehingga 26 Jun 2017 di PUZIDA bagi memahirkan anggota terutamanya dalam pengendalian peralatan-peralatan muzik mengikut kemahiran serta membuat penyatuan secara berkumpulan dengan memabahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu pertama percussion iaitu alat muzik yang dipalu menggunakan tangan seperti stik, drum dan big drum, kumpulan kedua pula alah alatan jenis tiupan yang dipanggil instrumen serta drum major, merupakan konduktor di dalam sesebuah kumpulan pancaragam. Bagi memantapkan lagi kumpulan ini, anggota-anggotanya sentiasa berlatih bersama dibawah seliaan penyelia PUZIDA, SSjn Hishammuddin Jaafar agar mereka berada di dalam tahap siap siaga sekiranya perlu untuk diaturgerakan.

Penutup

Tertubuhnya kumpulan pancaragam wanita RSD ini selain daripada mencipta sejarahnya tersendiri ia juga memberi satu persepsi yang positif umumnya kepada masyarakat bahawa wanita di dalam TD berkebolehan dalam apa jua penugasan dan bidang setara dengan kaum lelaki selain memartabatkan Pancaragam TD agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kumpulan pancaragam agensi-agensi yang lain. Namun, hasrat TD tidaklah terhad sehingga di peringkat negara sahaja, sebaliknya sasaran utamanya adalah agar kumpulan pancaragam ini sekurang-kurangnya diperakui tentera-tentera di seluruh dunia.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close