HUTSemasa

49 Tahun KKD Bersama ATM

KUALA LUMPUR: Seramai 18 pegawai dan 182 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Kesihatan Diraja (KKD)  terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun KKD Ke-49 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Datuk (Dr) Hj Abdul Razak Md Yusoff bertempat di Padang Kawad Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera pada 11 Mei 2016.

Sebanyak lima detasmen menyertai perbarisan ini yang diketuai oleh Lt Kol (Dr) Mohamad Munir Osman dari 94 Hospital Angkatan Tentera diiringi oleh Pancaragam Gabungan 10 Bgd PARA.

Dalam ucapan Pengarah, beliau menegaskan bahawa selama 49 tahun KKD telah memberi perkhidmatan kepada ATM dan negara yang mana pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui bersama sehingg mencapai tahap yang membanggakan kini.

“Kita tidak harus menoleh ke belakang, sebaliknya terus menepa laluan untuk berjaya di masa hadapan mengikut peredaran persekitaran dan kita seharusnya membentuk masa hadapan kita, atau dalam inggerisnya we design our environment and be the champion,”ujarnya.

Turut hadir Pengarah Pergigian, Mej Jen Dato’ (Dr) Roshidah Hj Ishak dan Timbalan Pengerusi Kor Kesihatan Diraja, Mej Jen Dato’ (Dr) Ya’akop Koming.

Gambar: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close