Putrajaya Forum 2016 Bincang Isu Daesh

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN) Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan ucaptama bertajuk Building Regional Security Integration in Southeast Asia dalam Putrajaya Forum 2016 sempena Pameran Defence Service Asia 2016 (DSA) bertempat di hotel terkemuka berdekatan Putra World Trade Centre (PWTC) pada 19 Apr 2016.

Penganjuran forum yang memasuki edisi keempat ini bertujuan untuk menghimpunkan pakar-pakar profesional dalam bidang pertahanan melalui perbincangan serta pertukaran idea dalam menghadapi ancaman keselamatan tidak kira konvensional atau baharu.

Dalam ucapan MENHAN, beliau menyatakan bahawa Asia Tenggara ketika ini berhadapan dengan ancaman pergerakan keganasan Daesh kerana terdapat bukti perkaitan penyatuan kumpulan pengganas di Selatan Filipina.

“Kita perlu kenal pasti kawasan mereka bagi mengekang penularan ancaman itu secara pesat di rantau ini kerana kehadiran kumpulan militan berkenaan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,”tegasnya.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Ir. Hj Idris Hj Haron, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Moha­med Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin dan penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close